Harapanku..
Terlintas Di puncak minda
Mengubah..
Dasar fitrah kecintaan
Menyahut..
seruan firman yang Esa
Mencapai..
Impian dunia dan syurga..
Dari mana bermulanya..
Sejarah adam dan hawa?
Dari tanah menjadi hamba biasa..
Dari apa terbentuknya
Syaitan durjana?
Dari api menjadi makhluk derhaka..
Di mana kita berdiri
Jika bukan di bumi ciptaan Allah..
Atau mungkin buatan sendiri
Kerana lupa, lalai dan leka..
Jadi fitrah manusia biasa..
Namun lagak tak terduga
Melebihi syaitan durjana
Berani lakukan apa saja,
seakan sembunyi dari Allah
Walhal diri sentiasa diperhati..
Oleh pandangan yang tersembunyi
Dari penglihatan..
Kita sebenarnya semakin hampir,
sangat hampir di akhir zaman..
Lantas titian sirat menunggu di hadapan..
Iva Adrina
Mei 2008
30 Lagu Tercalon Untuk Anugerah Nasyid IKIMfm 2014
12 years ago

