Salam ukhuwah kembali..
buat sahabat2 dan teman.. setelah sekian lamanya blog ini terbiar dan sunyi, lantas kesibukan kerja yang lebih perlukan perhatian, maka hari ini mencuri sedikit waktu utk menghidupkan semula ciptamaya ini..
suasana yang baru dan asing, pasti perlukan masa utk memahami dan menghayati setiap pengorbanan dan kesabaran diri... bermula dengan bekerja di Takaful Malaysia hampir 6 tahun, kemudian mula mendidik kanak2 istimewa lebih setengah tahun, kini cuba memasuki alam perniagaan yg jangkaannya macam mudah... tapi lebih mencabar dan lebih payah dari yg dijangkakan... demi membina muamalah islam dan niat kebaikan... itu yg menguatkan, mempertahankan sehingga skrg... semoga Allah merahmati setiap perjalanan dakwah ini dan niat yg terselit di hujung penjuru hati..
Saya selalu fikirkan, Sedih dan takut mendengar kes2 yg melanda remaja di era moden kini.. berzina, penagih dadah, bersosial tanpa batasan, aurat disalah ukur,masalah disiplin, jenayah, buang bayi spt sampah, tidak tahu mengucap dan byk lg...hingga kita tak rasa selamat walau di dalam rumah sendiri, tapi apakah peranan kita? bonekakah.. pandang dan biar atau marah.. sumpah seranah.. tp hanya bising di belakang, biarkan? tak mahu jg tepi kain org...paling nmpk pun cuma geleng kepala, ramai remaja yg memang dh tak kisah buat masalah di khalayak ramai, sebabnya dia tahu.. semua yg lihat hanya akan pndang saja atau buat tak kisah. Ingatlah... mereka bukan musuh utk kita berperang, atau pendatang utk kita buang, tp mereka jg adalah saudara utk kita sayang...saya sayangkan mereka...
cubalah lakukan sesuatu biarpun nampak kecil tapi mungkin besar impaknya.. jika tidak terdaya dengan kudrat.. berdoalah untuk mereka agar insaf dan sedar... masih ada lg remaja yang akhlaknya bagus boleh diikuti dan dijadikan contoh..mereka jg blh berubah.. apa yg saya bingkiskan ini pastinya ada maksud dgn apa yg saya ingin, akan, sedang lakukan kini.. moga Allah membantu dan menghalalkan cara.. biar dari akar umbi, saya sayang kalian..
30 Lagu Tercalon Untuk Anugerah Nasyid IKIMfm 2014
11 years ago

